Wednesday, July 29, 2009

Saturday, July 18, 2009

SINAR CINTA

Cinta seperti matahari... ia tetap bercahaya... Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi... kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa... Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong... Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi CINTA adalah keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan...
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Sayang tidak bermaksud cinta... Suka tidak serasi dengan cinta... Kagum tidak bererti cinta... Bangga tidak semestinya cinta.
Cinta adalah CINTA .Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali... Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari... Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’... Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan... terlalu payah untuk dilupakan... namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan...
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….Cinta suatu yang indah... cinta boleh buat kita gundah... cinta buat hati berdarah... dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah......

RAHMAT UJIAN

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu....
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai banyak tafsiran....
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya....
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Di uji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar di lalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya....
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmah nya....